Pages

Love yOu oLzz

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Friday 14 October 2011

coretan pagi buta^^

halo2...
hujan turun dengan lebatnya... roomate ivy sudah lena dibuai mimpi...
tapi ivy xtau kenapa mata ivy masih belum mahu tidur.. tak tau apa yang bermain dalam fikiran ivy sekarang ni..
tadi ivy cuba tido tapi langsung xterlelap.. xdapat nak tido..
fuh~~ rasa xtenang je jiwa ni.. ya Allah.. tenangkan hatiku..
jauhkan dari segala malapetaka dan bala bahaya...
pagi2 begini membuatkan ivy terfikir perkara2 yang ivy lakukan pada hari2 yang telah berlalu..
banyak kah dosa ivy.. atau sedikitkah kebaikan yang ivy lakukan? berbaloikah ivy habiskan masa 24jam itu dengan perkara2 yang tidak membawa ivy kepada jalan yang baik?
ivy mula sedar kenapa solat tahajud dan qiamulail dibuat pada waktu malam.. atau waktu2 sebegini..
sebab masa2 ini lah kita dapat bermuhasabah dengan tenang tanpa gangguan apa2... sebab semuanya sudah tidur.. masa2 begini la kita rasa dekat dengan Allah.. dan bukan ramai yang mampu bangun pagi untuk melakukan ibadah..
ya Allah.. terlalu banyak ivy rasakan dosa yang telah ivy lakukan.. dengan lembaran baru setiap hari.. terlalu banyak ivy ingar dengan perintahMu.. Astaghfirullahalazim...
oh ya.. tadi dalam jam 10 malam.. abah dan mam ivy call.. tanya khabar.. tanya sudah makan ke belum.. tanya buat apa... terdetik di hati ivy, betapa mereka amat mengambil berat terhadap diri ivy.. namun kadangkala ivy lupa bertanyakan khabar mereka.. sudah makan ka belum... ya Allah.. derhakakah ivy?
dulu ivy pernah menghadiri satu kuliah agama, apa yang paling ivy ingat kata2 penceramah tersebut.. seseorang anak itu boleh dianggap derhaka kepada kedua ibu bapanya sekiranya dia tidak mendoakan kedua ibu bapanya itu.. ya Allah...
:-) sama2 la kita mengubah diri kearah kebaikan ya kawan2... semoga kehidupan kita dilimpahi rahmat dan kurnia dari yang maha esa.. hargailah masa yang diberikan.. lakukan ibadah dengan sepenuh hati.. jangan tunggu sehingga matahari mulai terbit dari barat...
assalam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...