Pages

Love yOu oLzz

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 13 October 2011

Pesta Seks 4 Gadis Nurse

anyyonghaseyo chingu...
terkejut xterkejut dengan tajuk entri hari ni.. td ivy bosan2.. buka Gempak.org, npk pula entri ni.. terkejut pun ada..terkesima pun ada juga.. almaklumlah.. ivy ni pun bakal2 nurse juga.. malu ivy wahai chingu2.. nak letak muka kat mana.. hujung tahun ni ivy grad latihan..tahun depan dah jd nurse.. tapi nama nurse ni dah tercalit dah.. kotor.. huhu.. kesian ivy dan kwn2 nurse yang xbersalah.. turut terpalit kotoran yang disebabkan oleh orang lain.. sao jelah~~~
chingu sekalian.. bacalah entri ni ya~~~ credit to: www.gempak.org




KUALA LUMPUR: Empat gadis bakal bergelar jururawat yang ponteng kuliah di sebuah kolej swasta di Klang, Selangor, sejak beberapa hari lalu, ditahan selepas didapati ‘berpesta seks’ bersama pasangan masing-masing di sebuah bilik asrama kolej berkenaan, malam kelmarin.

Dalam serbuan dilakukan pengurusan kolej berkenaan jam 7 malam, dua daripada pelajar perempuan terbabit dilaporkan dicekup dalam keadaan separuh bogel dan dua lagi berpakaian lengkap, manakala empat lelaki berusia awal 20-an bersembunyi dalam tandas asrama kolej.

Difahamkan, biarpun menyedari pemeriksaan mengejut dilakukan pihak pengurusan kolej, keempat-empat lelaki terbabit gagal menyelinap keluar menyebabkan mereka bersembunyi di dalam tandas bagi mengelakkan dicekup, namun gagal.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber berkata, pihak pengurusan kolej menerima banyak aduan salah laku keempat-empat gadis terbabit daripada pelajar lain dan pensyarah sejak seminggu lalu.

“Antara salah laku yang dilaporkan ialah tidak hadir kelas dan sering membawa lelaki masuk ke asrama sehingga menimbulkan ketidakselesaan di kalangan pelajar lain.

“Rentetan daripada aduan berkenaan, satu pemeriksaan mengejut dilakukan pihak kolej selepas dimaklumkan terdapat empat lelaki dipercayai kekasih kepada keempat-empat pelajar terbabit menyelinap masuk ke asrama kira-kira jam 6 petang semalam (kelmarin),” katanya.

Menurut sumber, pemeriksaan yang dilakukan empat kakitangan terdiri daripada pihak pengurusan kolej yang diiringi anggota polis itu membuahkan hasil apabila keempat-empat lelaki terbabit ditahan ketika bersembunyi di dalam tandas asrama berkenaan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...