Pages

Love yOu oLzz

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 29 September 2011

cinta VS suka

annyong chingu..
lama dah rasanya ndak membebel d blog yg xlaku ni.. ivy xkisah sume tu..hehe..
skrg ni ivy agak bz dgn tugasan2 yang diberikan so, msa utk berblog ni agak singkat tapi ivy tetap akan berblog sekiranya ada masa2 yang terluang..
kenapa kita dikurniakan hati?
untuk merasai............ betul ke tu? merasa bukan dengan lidah ke?...hehehe
hmm.. sbnarnya.. lidah untuk rasa mknn..dan benda yang kita boleh lihat...
hati.. rasa sakit.. sayang.. rindu.. cinta..suka.. dan sebagainya yang lebih menjerumuskan kepada perasaan.. yang kita xboleh tunjukkan dengan objek mahupun subjek tertentu.. betul x pendapat ivy ni?.. apa yg ivy luahkan cuma berdasarkan pendapatt dan pengetahuan ivy..hehehe
nak cerita tentang cinta dan suka..
apa sebenarnya perbezaan d antara cinta dan suka? bak kata seohyun dalam we got married.. what is the different between love and like...
anybody plz tell me about that?...hehehe..
berdasarkan pengalaman dan apa yang ivy fikirkan.. suka tu adalah perasaan di mana kita suka melihat ya.. seseorang, mungkin dari segi gayanya, wajahnya, penampilannya dan personaliti yang ditonjolkan olehnya..
namun, ia tidak berkaitan dengan perasaan dalaman.. xtimbul rasa sayang.. xtimbul rasa rindu dan kita boleh hidup tanpanya.. kita menyukainya namun kita dapat bersama orang lain.. yeke?(??)
hehe..mungkin ivy ni mcm membebel dan langsung xda input yang menarik tantang post ni.. tapi ivy nak tahu pendapat rakan2 luar sana tentang perbezaan antara suka dan cinta.. :-)
plz give me a comment...

Tuesday 20 September 2011

apa ceritanya ni???

halo2... :-)
ivy baru ja habis trial exam petang td.. huhu.. xtaw la nak kata apa..
rasa sangat geram sebenarnya.. coz penyelaras tu ckp, soalan cuma kuar subjek semester 4 ngan 5 aje..
sekali soalannya keluar.. aduh.. tuhan aje yg tahu mcmna geramnya hati ivy...
ada 4 soalan, 1 soalan dari semester 2, 2 soalan dari semester 3 dan 1 soalan dari semester 5..
bila npk je soalan tu, ivy tarik nafas dalam2... cuba bertenang dan berfikir.. mengimbas semula subjek tu tapi ivy langsung xingat apa2.. dan mmg ivy langsung xsentuh dan xstudy pun benda tu.. aduh.. mmg nahas la ivy kali ni..
hahaha.. lawak juga sebenarnya.. muka kawan2 ivy pun semuanya pucat semacam..
pesanan kepada sang penyelaras group merangkap pensyarah tu..
lebih baik jgn gtaw apa2 tentang soalan yang bakal keluar daripada memberi info yang salah..
semuanya pun sudah berakhir... final exam bulan 11 nt.. ivy janji masa tu ivy akan buat yang terbaik..
mama, papa dont worry okay.. just take care of ur self and be healthy.. love you sooo much!

Thursday 15 September 2011

7 keajaiban yang ada di malaysia

hallo...
takkan ingat 7 keajaiban yang ada di dunia ja.. kembangkan minda kita.. mari kita lihat 7 keajaiban yang ada di negara kita.. yang mungkin selama ini kita tidak sedari..


1.Menara berkembar Petronas (KLCC)
Apa: Bangunan berkembar yang menjadi salah satu daripada kebanggaan rakyat Malaysia ini memuatkan pejabat dan juga pusat membeli belah tumpuan ramai.

Kedudukan: Di tengah bandar raya Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini direka bentuk oleh Ceasar Pelli, hasil ilham dari bentuk geometri Islam. Bangunan ini diperbuat daripada konkrit, besi dan kaca. Bangunan setinggi 452 meter ini merupakan bangunan kembar tertinggi di dunia dengan 88 tingkat bagi setiap bangunan. Bangunan ini disambung di tengahnya oleh sebuah jambatan.

Menakjubkan: Menara berkembar ini dilengkapi dengan 32,000 buah tingkap, 29 buah lif laju dan 10 buah tangga bergerak di setiap bangunan.

2.Putrajaya
Apa: Pusat pentadbiran kerajaan bercirikan bandar dalam taman dan bandar pintar

Kedudukan: Meliputi kawasan seluas 4,581 hektar di Prang Besar, Sepang, Selangor.

Fakta: Mula dibina pada 16 April 1995. Fasa pertama pembinaannya termasuk Pejabat Perdana Menteri siap pada tahun 2000. Pembinaan Putrajaya dijangka siap sepenuhnya dalam jangka masa 15 tahun bermula tahun pembinaanya pada 1996. Kawasan ini dibahagikan kepada dua kawasan utama iaitu kawasan pusat dan kawasan persekitaran. Kedua-dua kawasan ini dipisahkan oleh sebuah tasik besar. Kawasan pusat menempatkan pejabat-pejabat kerajaan yang dibahagikan kepada lima prisin iaitu prisin kerajaan, komersial, sivik dan kebudayaan, pembangunan bercampur dan sukan serta rekreasi. Kawasan persekitaran pula mempunyai 14 kawasan perumahan.

Menakjubkan: Apabila siap sepenuhnya, Putrajaya dijangka akan mempunyai 67,000 buah rumah di sekitarnya dengan populasi 330,000 orang.


Menara Kuala Lumpur



3.Menara Kuala Lumpur
Apa: Menara keempat tertinggi dunia dan yang tertinggi di Asia Tenggara
Kedudukan: Bukit Nanas, Kuala Lumpur

Fakta: Menara Kuala Lumpur yang mengambil masa pembinaan empat tahun bermula pada 1992 ini direka bentuk khusus supaya dapat menahan kelajuan dan tekanan angin sehingga 144.5 km sejam. Berat keseluruhan menara konkrit ini ialah 100,000 tan dengan ketinggian 421 meter. Ia dibina menggunakan 45,000 meter padu konkrit kukuh dan 1,300 struktur keluli. Menara ini mempunyai 2,058 anak tangga.

Menakjubkan: Lif di bangunan ini mempunyai kelajuan sehingga 9.6 km/saat dan ia mampu sampai ke menara dalam masa kurang daripada seminit iaitu lebih kurang 54 saat.

4.KLIA
Apa: Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ini adalah antara lapangan terbang terbesar dan termaju di dunia.

Kedudukan: Kira-kira 50 kilometer di selatan Kuala Lumpur dan meliputi kawasan seluas 10,000 hektar.

Fakta: KLIA yang disiapkan dalam jangka masa yang singkat iaitu empat setengah tahun ini melibatkan 25,000 tenaga kerja dengan kos RM13.3 bilion. Lapangan terbang ini mempunyai 46 pintu jejantas aero, dua landasan tercanggih dan 106 stesen kapal terbang berbanding Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah yang mempunyai hanya 14 jejantas aero dan 44 stesen kapal terbang. Dinding bangunan KLIA bukan diperbuat daripada batu bata seperti sebelum ini, sebaliknya daripada besi geometri yang menampung kaca bagi membolehkan pemandangan dapat dilihat dari luar tanpa sebarang gangguan.

Menakjubkan: Terdapat kira-kira 1,300 kamera televisyen keselamatan di seluruh lapangan terbang ini.

5.Menara Condong Teluk Intan
Apa: Menara jam yang dibina oleh seorang kontraktor, Leong Chonn Chong pada tahun 1885 dengan tujuan asal menyimpan air.

Kedudukan: Di tengah-tengah bandar Teluk Intan, Perak.

Fakta: Bentuknya seperti sebuah pagoda. Dari luar ternampak seolah-olah menara ini adalah bangunan lapan tingkat, tetapi sebenarnya hanya terdapat tiga tingkat sahaja. Di tingkat atas sekali terletak tangki air yang boleh memuatkan 19.26 meter padu air. Ketika dibina pada tahun 1885, ia dikenali sebagai Jam Tinggi kerana memiliki sebuah jam yang masih berperanan sehingga kini. Bagaimanapun, apabila bangunan ini telah condong sedikit ke arah barat laut, ia mula dikenali sebagai Menara Condong. Bangunan ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 4.6 meter. Struktur bangunan ini dibuat daripada batu dan kayu dan setiap tingkat dilengkap dengan lorong jalan kaki. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 12.9 meter 43 kaki dan menguncup ke atas 8.1 meter.

Menakjubkan: Kerana keunikannya, Menara Condong Teluk Intan ini juga dikenali sebagai Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pissa di Itali.

Jambatan Pulau Pinang



6.Jambatan Pulau Pinang
Apa: Sebuah jambatan yang menghubungkan tanah besar semenanjung dengan Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan salah satu mercu tanda kebanggaan negara dan merupakan salah satu daripada jambatan yang terpanjang di Asia.

Kedudukan: Antara Pulau Pinang dan Seberang Perai.

Fakta: Hasrat untuk membina jambatan sepanjang 13.5 km ini telah mula diilhamkan sejak tahun 1971 lagi. Setelah beberapa rundingan dilakukan, jambatan yang mula dibina pada 1982 dengan kos RM850 juta ini menjadi kenyataan pada September 1987. Pembinaanya dilakukan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia. Rentang utamanya sepanjang 225 meter dibina menggunakan kaedah cable stayed girder. Lokasi tertingginya dari paras laut ialah 32 meter. Jambatan ini dibina dengan empat lorong dan dilebarkan kepada enam lorong di bahagian rentang utamanya. Jambatan ini mempunyai dua buah persimpangan bertingkat dan sebuah tol plaza.

Menakjubkan: Jambatan ini boleh menampung 100,000 kenderaan sehari.
Bangunan Sultan Abdul Samad



7.Bangunan Sultan Abdul Samad
Apa: Bangunan utama yang didirikan di Kuala Lumpur yang ketika itu hanya mempunyai rumah-rumah kedai yang kecil. Bangunan ini kini menempatkan Mahkamah Persekutuan Malaysia, Mahkamah Rayuan dan Bahagian Jenayah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Kedudukan: Jalan Raja, Kuala Lumpur

Fakta: Bangunan ini meliputi dua bangunan berkembar dengan ketinggian 17.1 meter dan meliputi 10,200 meter persegi. Pembinaannya mengambil sempena nama Sultan Selangor keempat iaitu Sultan Abdul Samad yang memerintah ketika itu (1859 - 1898). Bangunan ini dilengkapi dengan menara berkubah tembaga dan mempunyai menara jam setinggi 130 meter.

Menakjubkan: Sebuah kilang telah diwujudkan khusus bagi membekalkan empat juta bata merah dan juga bahan-bahan pembinaan lain seperti kayu, simen, batu kapur, tembaga dan besi untuk membina bangunan ini.
http://www.tutor.com.my/tutor/estido...s&pg=fs_01.htm

SAYA BANGGA MENJADI RAKYAT MALAYSIA :-) 

Belut masuki pundi kencing lelaki.

annyonghaseyo...
hari ni ivy nak kongsi satu berita.. xtaw la nak cakap apa tentang berita ni.. nak kata kesian pun xjuga sebab dia cari nahas sendiri... nak kata padan muka pun kesian juga... kawan2 baca la sendiri ya..hehe..
berita ni ivy dapat dari GEMPAK.ORG..
                              BELUT yang memasuki pundi air kencing Zhang Nan dan telah mati.
BEIJING - Seorang lelaki, Zhang Nan menghadapi saat cemas apabila seekor belut kecil yang digunakan dalam rawatan kecantikan memasuki pundi air kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku semasa dia berendam bersama sejumlah belut yang dipercayainya dapat menjadikan dia kelihatan muda lebih 10 tahun.

Nan menyelam di dalam sebuah tab mandi dan membiarkan haiwan tersebut memakan kulitnya yang telah matinya baru-baru ini.

Namun, selepas berada di dalam tab itu, dia merasa sakit seperti dicucuk.

Dia kemudiannya menyedari seekor belut kecil berada memasuki pundi kencingnya.

"Saya terus bangun selepas merasa sakit akibat gigitan belut itu," katanya yang berusia 56 tahun dan berasal dari Honghu, di wilayah Hubei.

Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selama tiga jam bagi mengeluarkan belut yang telah mati ketika dijumpai doktor.

Menurut seorang doktor, Jin Wang, belut kecil mampu memasuki kemaluan Nan kerana tubuh haiwan itu terlalu licin. - Agensi

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_08.htm

Sunday 11 September 2011

ketetapan takdir kehidupan...

anyyongaseyo.. salam muhibah dan salam sejahtera...
hari ni ivy nak cakap perkara yang berkaitan dengan kehidupan..
tentang takdir yang telah ditentukan dalam kehidupan kita..
bila ivy lihat dan hayati gerak geri, pertuturan, kelakuan dan paras wajah orang2 disekeliling ivy.. ivy rasa kagum.. terlalu banyak perkara yang boleh kita belajar dari apa yang kita lihat sebenarnya..
ivy paling rasa cemburu dengan orang yang dikurniakan paras wajah yang cantik.. badan yang cantik dan lahir dari keluarga yang senang... ivy rasakan orang itu bertuah.. apatah lagi jika dia mempunyai sikap dan kelakuan yang baik dan teguh iman di dadanya... memang ivy rasa cemburu tapi itu bukan menandakan bahawa ivy tidak bersyukur dengan kehidupan ivy... ivy panjatkan kesyukuran kepada yang esa kerana anugerahkan ivy kehidupan yang baik disamping ibu bapa dan keluarga yang tersayang..
ivy terima takdir hidup ivy walaupun ivy bukan dari keluarga yang senang.. ivy bukan cantik dan berbadan gemuk pula.. tapi ivy tidak pernah merungut tentang apa yang telah dianugerahkan kepada ivy.. semuanya ivy terima dengan hati yang terbuka..
mungkin ada pembaca yang mengatakan atau terfikir bahawa ivy ni macam sok suci..ivy tak kisah klu ada yang berfikiran seperti itu terhadap ivy... kita sebagai manusia tak ada yang sempurna...semuanya ada kisah silam masing2 yang membuatkan kita tersedar dari mimpi dan berubah ke arah yang lebih baik..
dulu, ivy selalu rasa marah dengan diri ivy.. ivy benci kerana diberi badan yang gemuk dan wajah yang tidak cantik... ivy betul2 cemburu dengan kawan2 ivy yang cantik dan kurus...
namun bila ivy fikir kembali.. buat apa ivy marah dan cemburu dengan orang lain.. ivy tak dapat apa2 cuma ivy memeningkan kepala sendiri dan menghilangkan rasa tenang di hati ivy... mama ivy selalu kata" tidak apa klu tidak canti, yang penting semua kita ada..tak ada yang kurang.. mata ada, hidung ada, telinga ada..." ivy senyum sendiri.. betul apa yang mama ivy kata... buat apa kita cemburu dengan kecantikan orang lain.. semuanya itu hanya pinjaman semata..:-)
bila ivy fikir semuanya.. ivy mula menerima takdir yang telah ditetapkan oleh yang maha esa kepada ivy.. malah ivy bersyukur kerana ivy tidak mempunyai sebarang kecacatan..
kawan2.. kita perlu terima apa yang diberi kepada kita.. jangan sesekali ubah apa yang telah diberi..
terima apa yang dianugerahkan seadanya.. bersyukurlah.. dan belajar untuk menghargai apa yang kita ada..
selamat semuanya dan selamat beramal...
salam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...