Pages

Love yOu oLzz

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Tuesday 25 October 2011

jangan bersedih, bacalah buku..

 
 
Jangan bersedih, bacalah buku..

Membaca buku akan membukakan wawasan kalbu, menghasilkan berbagai pelajaran dan nasihat. Membaca buku akan memberikan berbagai bekalan hikmah, dapat melancarkan lisan, meningkatkan kemampuan berfikir, mengukuhkan pengetahuan tentang beraneka ragam hakikat, dan akan menghilangkan yang syubhat.

Membaca buku adalah merupakan hiburan bagi yang menyendiri, bisikan bagi hatinya, teman bicara bagi yang berjaga malam, kesenangan bagi orang yang merenung, dan pelita bagi yang berjalan malam.

Setiap kali pengeahuan yang telah dibaca diulangkaji, dikuasai dan disaingi, maka akan semakin membuahkan hasilnya yang siap dipetik kerana telah matang di pokoknya dan menghasilkan buahnya setiap saat dengan izin Tuhannya manakala diperlukan, kerana pengetahuan telah dikuasai dan telah menetap di tempat kediamannya.

Sebaliknya keengganan untuk membaca dan meninggalkan pemikiran terhadap kitab-kitab serta tidak mahu mentelaahnya sendiri, sama dengan mengekang kelancaran lisan, membatasi pembentukan perwatakan, membuat fikiran menjadi beku, akal pun menjadi tegang, watak menjadi mati, dan modal pengetahuan menjadi layu, serta fikiran menjadi gersang.

Mengapa demikian??? Ini kerana buku selalu mengandungi faedah, perumpamaan, hal yang baru, cerita, konsep atau perkara yang jarang dijumpai. Demikianlah faedah membaca yang sememangnya sangat banyak sehingga tidak terhitung jumlahnya. Oleh itu, kita berlindung kepada Allah dari pupus cita-cita, lemahnya tekad di dalam jiwa, dan bekunya semangat jiwa, kerana sesungguhnya hal ini merupakan musibah yang paling besar.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...