Pages

Love yOu oLzz

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Thursday 15 September 2011

Belut masuki pundi kencing lelaki.

annyonghaseyo...
hari ni ivy nak kongsi satu berita.. xtaw la nak cakap apa tentang berita ni.. nak kata kesian pun xjuga sebab dia cari nahas sendiri... nak kata padan muka pun kesian juga... kawan2 baca la sendiri ya..hehe..
berita ni ivy dapat dari GEMPAK.ORG..
                              BELUT yang memasuki pundi air kencing Zhang Nan dan telah mati.
BEIJING - Seorang lelaki, Zhang Nan menghadapi saat cemas apabila seekor belut kecil yang digunakan dalam rawatan kecantikan memasuki pundi air kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu berlaku semasa dia berendam bersama sejumlah belut yang dipercayainya dapat menjadikan dia kelihatan muda lebih 10 tahun.

Nan menyelam di dalam sebuah tab mandi dan membiarkan haiwan tersebut memakan kulitnya yang telah matinya baru-baru ini.

Namun, selepas berada di dalam tab itu, dia merasa sakit seperti dicucuk.

Dia kemudiannya menyedari seekor belut kecil berada memasuki pundi kencingnya.

"Saya terus bangun selepas merasa sakit akibat gigitan belut itu," katanya yang berusia 56 tahun dan berasal dari Honghu, di wilayah Hubei.

Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selama tiga jam bagi mengeluarkan belut yang telah mati ketika dijumpai doktor.

Menurut seorang doktor, Jin Wang, belut kecil mampu memasuki kemaluan Nan kerana tubuh haiwan itu terlalu licin. - Agensi

sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/conten...a&pg=du_08.htm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...