Pages

Love yOu oLzz

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday 11 September 2011

ketetapan takdir kehidupan...

anyyongaseyo.. salam muhibah dan salam sejahtera...
hari ni ivy nak cakap perkara yang berkaitan dengan kehidupan..
tentang takdir yang telah ditentukan dalam kehidupan kita..
bila ivy lihat dan hayati gerak geri, pertuturan, kelakuan dan paras wajah orang2 disekeliling ivy.. ivy rasa kagum.. terlalu banyak perkara yang boleh kita belajar dari apa yang kita lihat sebenarnya..
ivy paling rasa cemburu dengan orang yang dikurniakan paras wajah yang cantik.. badan yang cantik dan lahir dari keluarga yang senang... ivy rasakan orang itu bertuah.. apatah lagi jika dia mempunyai sikap dan kelakuan yang baik dan teguh iman di dadanya... memang ivy rasa cemburu tapi itu bukan menandakan bahawa ivy tidak bersyukur dengan kehidupan ivy... ivy panjatkan kesyukuran kepada yang esa kerana anugerahkan ivy kehidupan yang baik disamping ibu bapa dan keluarga yang tersayang..
ivy terima takdir hidup ivy walaupun ivy bukan dari keluarga yang senang.. ivy bukan cantik dan berbadan gemuk pula.. tapi ivy tidak pernah merungut tentang apa yang telah dianugerahkan kepada ivy.. semuanya ivy terima dengan hati yang terbuka..
mungkin ada pembaca yang mengatakan atau terfikir bahawa ivy ni macam sok suci..ivy tak kisah klu ada yang berfikiran seperti itu terhadap ivy... kita sebagai manusia tak ada yang sempurna...semuanya ada kisah silam masing2 yang membuatkan kita tersedar dari mimpi dan berubah ke arah yang lebih baik..
dulu, ivy selalu rasa marah dengan diri ivy.. ivy benci kerana diberi badan yang gemuk dan wajah yang tidak cantik... ivy betul2 cemburu dengan kawan2 ivy yang cantik dan kurus...
namun bila ivy fikir kembali.. buat apa ivy marah dan cemburu dengan orang lain.. ivy tak dapat apa2 cuma ivy memeningkan kepala sendiri dan menghilangkan rasa tenang di hati ivy... mama ivy selalu kata" tidak apa klu tidak canti, yang penting semua kita ada..tak ada yang kurang.. mata ada, hidung ada, telinga ada..." ivy senyum sendiri.. betul apa yang mama ivy kata... buat apa kita cemburu dengan kecantikan orang lain.. semuanya itu hanya pinjaman semata..:-)
bila ivy fikir semuanya.. ivy mula menerima takdir yang telah ditetapkan oleh yang maha esa kepada ivy.. malah ivy bersyukur kerana ivy tidak mempunyai sebarang kecacatan..
kawan2.. kita perlu terima apa yang diberi kepada kita.. jangan sesekali ubah apa yang telah diberi..
terima apa yang dianugerahkan seadanya.. bersyukurlah.. dan belajar untuk menghargai apa yang kita ada..
selamat semuanya dan selamat beramal...
salam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...